Sunday, May 10, 2015
69 Tahun Jadi Bukti Perjuangan UMNO Untuk Agama, Bangsa dan Negara
10 Mei 2015, Kuala Lumpur : Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menyifatkan
selama 69 tahun, UMNO telah membuktikan kecemerlangan dalam memperjuang
kepentingan bangsa, agama dan tanah air sejak mula ditubuhkan hingga ke
hari ini tanpa gagal.
Bagaimanapun, ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengakui,
parti kini sedang melalui saat-saat yang amat mencabar terutama dalam
usaha mengembalikan semula kredibiliti UMNO di hati rakyat.
“Langkah-langkah bagi memulihkan semula keyakinan rakyat kepada UMNO
perlu dilakukan dengan segera agar masalah ini tidak melarat hingga
akhirnya menjadi barah.
“Pergerakan Wanita UMNO berpendirian, biar apa juga langkah yang
perlu diambil mesti bersifat seperti ‘Menarik Rambut Dalam Tepung,
Rambut Tak Putus, Tepung Tidak Berselerak’ demi kepentingan parti dan
bumiputra keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau juga percaya, melalui tindakan sedemikian diiringi semangat
perpaduan, bukan sahaja kredibiliti parti dapat dipulihkan tetapi
sokongan rakyat kepada UMNO juga akan bertambah.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment