Tuesday, May 05, 2015
Celcom Beri Sokongan Kepada Cadangan Menteri Berhubung Nilai Prabayar
5 Mei 2015, Kuala Lumpur : Syarikat telekomunikasi utama, Celcom Axiata Bhd
memberi sokongan penuh kepada cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk mendapatkan nilai muka RM10, bagi
setiap pembelian kad tambah nilai prabayar RM10.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly berkata beliau
memberikan sokongan 100 peratus dalam pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar.
“Kami masih tidak tahu bagaimana penilaian beliau, tetapi kami akan
memberikan sokongan penuh untuk manfaat rakyat Malaysia pada amnya.
“Saya amat yakin bahawa menteri kita, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
akan mencari penyelesaian terbaik untuk semua,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Shabery dalam sebuah program terbitan RTM malam ini berkata
beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad
tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10′.
Beliau berkata pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya
dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum
dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat
telekomunikasi menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga
asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan CBP pada 1 April.
Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh
selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan
bahawa kad prabayar akan terus dijual dengan caj CBP dan agak mustahil
bagi penyedia perkhidmatan melaksanakan perubahan yang diperlukan dalam
tempoh dua hari.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian
kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat
RM10′.
Menurutnya, pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya
dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum
dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.
“Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.
“Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh
kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak,” kata Ahmad
Shabery dalam program Edisi Khas ‘Suara Kita Hak Kita’ terbitan RTM yang
disiarkan secara langsung di TV1 malam ini.
Ahmad Shabery, yang ditugaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar
susulan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), mengupas topik
‘#Topup: Apa Masalahnya?’ dalam program yang berlangsung kira-kira sejam
itu.
Ahmad Shabery seterusnya mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan
kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf.
“Ini sistem baharu, ada teething problems. InsyaAllah kalau salah,
kita akui salah. Yang perlu dibaiki, kita baiki,” katanya sambil memohon
kesabaran rakyat untuknya menyelesaikan masalah yang timbul.
Beliau menjelaskan sehingga perkara itu diputuskan dalam masa
terdekat, jualan kad prabayar telefon akan dibuat menggunakan harga
sekarang iaitu dengan tambahan enam peratus CBP.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat
telekomunikasi agar menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada
harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan CBP pada 1 April.
Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh
selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan
bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk
membuat konfigurasi semula pada sistem bagi menyelaraskan harga jualan.
Berhubung formula ‘beli RM10, dapat RM10′ itu, Ahmad Shabery yang
menganggap tugas menyelesaikan isu harga kad prabayar sebagai satu
cabaran, mengharapkan kesediaan syarikat telekomunikasi untuk memahami
hasrat itu.
Beliau menegaskan bahawa seperti mana kerajaan, syarikat
telekomunikasi juga perlu sensitif kepada kemahuan rakyat memandangkan
bidang perniagaan yang mereka ceburi sememangnya memerlukan sokongan
orang ramai.
Menteri itu menghuraikan apa yang menjadi harapan rakyat iaitu aspek
mampu milik (affordability) serta kualiti perkhidmatan dan pengalaman
ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan (quality of service and
quality of experience).
Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata kedua-dua aspek itu hanya akan
dapat dipenuhi apabila sektor telekomunikasi mempunyai infrastruktur
yang baik, dan ini memerlukan syarikat telekomunikasi yang ‘sihat’ dalam
memenuhi tuntutan itu.
Ini kerana, penyediaan infrastruktur komunikasi termasuk jalur lebar memerlukan pelaburan yang amat besar, katanya.
Dipetik daripada sumber : Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment