Monday, May 04, 2015
Pembangkang Terdesak Kkeluar ‘Fatwa’ Songsang
5 Mei 2015, Permatang Pauh : Tindakan boikot oleh ahli dan jentera akar umbi
Pas Permatang Pauh menyebabkan pembangkang kini berada dalam keadaan
cukup terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut sehingga sanggup
‘memfatwakan’ jika tidak mengundi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
pengundi kawasan itu mungkin tergolong dalam kalangan yang tidak diakui
sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.
Seolah-olah cuba memperbodohkan pemikiran pengundi termasuk ahli
Pas sendiri, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, yang
dilabelkan salah seorang daripada kumpulan Anwarinas dalam parti itu,
memetik sebuah hadis Rasulullah bagi menyokong ‘fatwa’ berkenaan,
sambil ligat menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah
kerajaan zalim.
Ironinya, tuduhan zalim yang dilemparkan Khalid tersebut hanya
berkisar kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya Ketua Pembangkang
yang disabitkan bersalah dan dipenjara lima tahun kerana meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu difitnah,
meskipun sudah melalui proses perundangan panjang selain fakta kes jelas
menunjukkan hakikat yang sebenarnya.
Malah, bagi mewajarkan ‘fatwa’ berkenaan, Ahli Parlimen Shah Alam itu
tergamak pula mempertahankan amalan nepotisme Parti Keadilan Rakyat
(PKR) dengan menyifatkan dalam kes Wan Azizah, persoalan nepotisme
tidak berbangkit sama sekali, walaupun saling bertukar kedudukan calon
dengan suaminya melibatkan kawasan Permatang Pauh dan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kajang.
“Mengundi Wan Azizah adalah wajib atas dasar menolak dan menentang
kezaliman. Ia amat perlu untuk menentukan momentum menjatuhkan UMNO dan
BN dite- ruskan. Segala alasan untuk tidak mengundi beliau adalah
propaganda UMNO dan BN walaupun kenyataan itu keluar daripada mulut
bukan orang UMNO dan BN kerana tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah
menjadi alat pihak lawan dan musuh.
“Sekiranya kita tidak menyokong Wan Azizah dalam pilihan raya
kecil (PRK) ini, maka amat sangat ditakuti bahawa kita dilihat berdiri
bersama pihak yang melakukan kezaliman dan amat kita khuatir, bahawa
kita akan digolongkan dengan mereka yang nabi tidak mengaku sebagai
umatnya,” kata- nya sebagaimana dipetik daripada laman blognya,
http://www.khalidsamad.com.
Ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh bertindak memboikot
kempen PRK kawasan itu selepas desakan mereka agar PKR memohon maaf
secara terbuka ekoran kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan
(AMK) Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin, yang menghina Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu hudud tidak dilayan oleh
sekutunya itu.
Dalam pada itu, Khalid turut menyelar ahli Pas kerana menimbulkan isu
nepotisme dengan menganggap pihak yang mempersoalkan perkara tersebut
sebagai tidak faham maksud sebenar nepotisme.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment