Thursday, May 07, 2015
Garap Idealisme Orang Muda Dalam Melengkapkan Peremajaan UMNO – Syaiful Rizal
7 Mei 2015, Johor Bahru : Kepimpinan Pergerakan Pemuda di semua peringkat
diajak agar sama-sama memperkukuhkan sayap pemuda berlandaskan idelogi
progresif.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Johor Bahru, Syaiful Rizal Abd
Ghani berkata, bagi melengkapkan peremajaan UMNO, pemimpin dan ahli
Pemuda perlu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan menjadi
peneraju pemikiran di dalam masyarakat.
“Garap idealisme orang muda. Galakkan budaya berfikir dan bersuara
dalam parti, kita wajar menjadi pemimpin muda yang ada idealisme, ada
wibawa dan berani bersuara perlu diketengahkan untuk menjuarai isu-isu
rakyat, menjadi jurucakap parti, bukan diketepikan oleh parti apa lagi
diperkotak katikkan oleh pihak pembangkang” ujarnya mengulas peranan
yang harus dimainkan pergerakan Pemuda sempena Ulangtahun Kelahiran UMNO
ke 69 tahun, 11 Mei ini.
Sehubungan dengan itu, bagi menjadikan hubungan intim parti dan
pemimpin pergerakan Pemuda UMNO di semua peringkat perlu menyemarakan
semangat kesukarelawan melalui program-program bersama rakyat
“Pemuda bukan sahaja perlu menjadi juara kepada rakyat, tapi perlu
berada di hadapan dalam menangani segala bentuk tomahan dan fitnah yang
dilakukan oleh parti lawan dalam usaha mereka meracuni pemikiran rakyat
untuk melihat kehancuran parti UMNO dan Barisan Nasional” tambahnya.
Beliau berharap PemudaUMNO akan dapat membudayakan semangat berkerja
berpasukan bagi memastikan kemantapan UMNO khususnya di kawasan Parlimen
Johor Bahru.
“Sokongan padu ahli di peringkat akar umbi harus menyedarkan kita
begitu besarnya amanah dan tanggungjawab yang diberikan yang membuktikan
ahli akar umbi menyokong agenda progresif dan politik bermuafakat yang
menjadi falsafah pemimpin UMNO hari ini”, ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama beliau berharap, ahli Pemuda harus
menghayati dan menginsafi sejarah perjuangan UMNO yang membebaskan
negara dari belenggu penjajahan sehingga mencapai kemerdekaan dan terus
mengorak langkah sebagai sebuah negara yang maju aman dan makmur.
“Kita perlu ada semangat patriotik dalam meneruskan legasi yang
diterokai oleh UMNO dan sebagai pemimpin pelapis kita perlu
mempertahankan apa yang kita miliki ketika ini kekal untuk selamanya”
tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment