Sunday, May 10, 2015
Jangan Biarkan Gunting Dalam Lipatan Di Dalam Parti.
Jangan biarkan ‘kanser’ di dalam parti.
10 Mei 2015, Tawau : Seluruh anggota dan pemimpin UMNO perlu terus menunjukkan semangat
penyatuan dan tidak sesekali membiarkan wujudnya ‘kanser’ dalam parti
keramat Melayu itu.
Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur
Salleh susulan kritikan demi kritikan yang diterima Perdana Menteri yang
juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk daripada orang
dalaman parti sendiri.
“Presiden kita dicaci oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kenapa ada
satu, dua orang yang mengkritik, beliau perlu turun (letak jawatan)?
“Dalam UMNO, kalau ada kanser, tak boleh biarkan. Jangan ada gunting
dalam lipatan. Jika tidak, seluruh parti akan hanyut,” katanya ketika
berucap dalam Perhimpunan Solidariti di hadapan 40,000 orang anjuran
UMNO Bahagian Kalabakan di Padang Bandaran Tawau dekat sini hari ini.
Perhimpunan itu dihadiri Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta barisan Kabinet negeri.
Abdul Ghapur berkata, selaku rakyat dan ahli parti, kepemimpinan Najib akan terus disokong.
“Kita akan sentiasa menyokong beliau. Kita ini bersatu dan kita tahu
beliau berjiwa rakyat. Apa yang kita minta, beliau tidak pernah kata
tidak,” tambahnya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment