Wednesday, May 06, 2015

Jentera Pas Ghaib Di Permatang Pauh… Kempen PKR Lesu

7 Mei 2015, Permatang Pauh : Tinjauan Media UMNO di sekitar kawasan tempat pengundian di Permatang Pauh mendapati jentera Pas seolah-olah ghaib apabila langsung tidak kelihatan bersama-sama jentera PKR untuk meraih undi mahupun membawa pengundi ke tempat pengundian.
http://www.rakyatnews.my/images/october/PAS-Boikot-Himpunan-Sokong-Anwar.jpg
Tinjauan yang dilakukan di sekitar tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Sekolah Menengah Permatang Rawa, Sekolah Kebangsaan Tok Kandu dan di beberapa tempat lagi mendapati hanya jentera PKR sahaja yang kelihatan untuk meraih undi.

Jelas, kehilangan jentera Pas dalam PRK Permatang Pauh ini merupakan lanjutan keputusan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang yang bertindak memboikot daripada turut sama turun sebagai jentera bagi membantu calon PKR di kawasan tersebut.

Tindakan Pas Negeri Pulau Pinang memboikot PRK kali ini berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR, khususnya terhadap calon pakatan pembangkang yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah ekoran pendirian parti tersebut yang menolak cadangan hudud serta memberi arahan kepada ali parlimen mereka agar tidak menyokong usul yang dibawa oleh Pas.

Biarpun pucuk pimpinan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang telah membuat kenyataan akan membantu jentera PKR di dalam PRK ini, namun kehilangan jentera Pas di PRK Permatang Pauh di sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundi membuktikan bahawa ahli akar umbi tetap memboikot kempen PKR di pilihan raya kecil kali ini.

Pendirian ahli akar umbi Pas yang membuat keputusan untuk memboikot kempen PKR di Permatang Pauh kali ini juga memperlihatkan bahawa konflik dalaman yang berlaku antara Pas, PKR dan Dap berhubung isu hudud ini semakin parah dan bukan hanya di peringkat kepimpinan pusat, tetapi telah merebak sehingga ke peringkat akar umbi.

Tindakan Pas yang memboikot kempen rakan kongsinya itu pada PRK kali ini dilihat membawa kesan yang besar terhadap kempen PKR di Permatang Pauh yang dilihat tidak begitu bermaya dan hampir lumpuh.

Dipetik daripada sumber :  MediaUMNO

No comments:

Post a Comment