Thursday, May 07, 2015
Penjelasan Tabung Haji Mengenai Pelaburannya Dalam Pembangunan Tun Razak Exchange
7 Mei 2015, Kuala Lumpur : Lembaga Tabung
Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam
pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di
pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang
memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan
keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua
proses penilaian dalaman yang terperinci.
Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun
berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan
penilai bebas profesional.
Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak
syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan
positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2)
oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog
tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh
dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.
TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di
dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi
Aset Strategik.
Kenyataan oleh : YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment