Thursday, May 07, 2015

Kalah Di Permatang Pauh, Tidak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan


EDITOR MENULIS.....
8 MEI 2015

Saya tidak nampak sebab kenapa UMNO/BN perlu merasa terkesan dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.  Awal-awal sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa Azizah akan menang sebab orang disitu majoritinya mengundi kerana sentimen, bukan sebab mereka nak wakil rakyat yang boleh berkhidmat.
http://www.straitstimes.com/sites/straitstimes.com/files/20150507/jdilekijf07e.jpg

Kalau pengundi Permatang Pauh nak wakil rakyat yang berkhidmat, Azizah tak jadi wakil rakyat, dia bukan wakil rakyat pun tapi wakil parti dan suaminya yang juga seorang peliwat berulang.

Justeru, tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan tersebut sebab sentimen/persepsi/populariti memainkan peranan yang penting SEBAB ITU isteri peliwat pun boleh menang.

Di masa depan, saya cadang UMNO berhenti meletakkan calon yang boleh berkhidmat di kawasan hitam seperti Permatang Pauh, Bukit Bintang, Kepong dan lain-lain. Letak saja calon yang hebat tang populariti dan permainan persepsi sebab rakyat di kawasan hitam macam ini tak peduli dengan wakil rakyat yang boleh berkhidmat.

Sekalipun calon berkenaan ada akhlak yang rendah, tapi kalau dia popular, calonkan dia saja, lupakan pemimpin bahagian dan sebagainya sebab ini semua jenis berkhidmat kepada rakyat sedang trend mengundi bukan macam itu bagi kawasan-kawasan hitam.

Kempen pun perlulah menumpu kepada mencari populariti untuk parti sahaja, bukan menawarkan khidmat sebab jelas pengundi di kawasan hitam macam Permatang Pauh ini tak peduli orang dan parti mana jadi wakil mereka yang penting puas dapat tunjuk protes pada kerajaan.

Trend pengundi kawasan bandar, mereka tidak begitu mengharapkan khidmat wakil rakyat.    
Zaman ini bukan macam dulu bila wakil rakyat dicari untuk sokong permohonan buku teks sekolah dan sebagainya – buku teks pun dah percuma untuk semua orang sekarang, bukan yang susah saja macam dulu.

Proses undi pada pengundi kawasan hitam macam Permatang Pauh ini adalah cara untuk menyatakan protes kepada kerajaan dan parti politik yang tidak digemari semata-mata. 

Siapa pun wakil rakyat, tidak ada kesan kepada mereka.

Maka itulah kita lihat Ahli Parlimen pembangkang dari kawasan bandar pun tak pernah peduli hal rakyat kawasan mereka sebab tahu dia dipilih bukan berdasarkan prestasi tapi persepsi dan populariti dan tak hairan kenapa masa berdebat di Parlimen digunakan sepenuhnya untuk membincang isu-isu nasional, isu tempatan hampir tidak wujud.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ7DkHdE3Me1l5j4jyq8rQzts9Ch8HoHl48pDgDKJSNnm7vTE6-b-dHIS1DI2ltxMGRRtaagpuydFFo67Gw-Iv2nw84O5IXNjx8OOSuooP6Z2P0w2uL9qedA7UqZSe5yj41ETpffVagqo/s400/2012-01-21+00.53.18+2.png
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment