Tuesday, May 05, 2015

RKPermatangPauh: Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) Pertikai Wan Azizah Selaku Calon!

5 Mei 2015, Permatang Pauh : “Suhu” pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin meningkat, apabila beberapa hari yang lalu, diadakan sidang akhbar oleh Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap keputusan Presiden parti bertanding di P.044 Permatang Pauh.
http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/05/suara-akar-umbi-keadilan.jpg?01512f
Jurucakap SAUK, Mazli Saring berkata beliau mewakili suara akar umbi parti tersebut, yang majoritinya memilih untuk berdiam kerana khuatir tindakan tatatertib parti. Menurut Mazli, mereka merasakan keputusan untuk presiden bertanding di Permatang Pauh adalah sama sekali bertentangan apa yang pernah dilafazkannnya ketika mengosongkan kerusi parlimen terbabit bagi memberi peluang kepada Anwar Ibrahim bertanding pada 2008.

Mazli mendakwa Wan Azizah gagal mengotakan janji-janji sewaktu berkempen di pilihanraya kecil DUN Kajang, termasuk menyelesaikan masalah utama Kajang, iaitu banjir kilat yang kerap berlaku pada akhir-akhir ini. Menurut beliau lagi, selaku ADUN Kajang yang baharu, Wan Azizah seharusnya mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan penduduk Kajang, berbanding Permatang Pauh.

Mazli, yang pada pilihanraya kecil 2008 mengetuai jentera Angkatan Muda Keadilan Seberang Jaya, percaya bahawa tindakan presiden parti itu untuk bertanding pada kali ini adalah bertujuan untuk menjawat jawatan Ketua Pembangkang di parlimen.

Disertai kira-kira 15 orang penyokongnya, Mazli mahukan rakyat Permatang Pauh berfikir jauh, serta mengimbas kembali prestasi Wan Azizah sewaktu menjadi ahli parlimen Permatang Pauh sebelum mengundurkan diri atas alasan “ingin luangkan lebih masa bersama cucu”. Menafikan tindakannya adalah sebagai tanda tidak menyokong Wan Azizah, sebaliknya Mazli menyerahkan kebijaksanaan pengundi Permatang Pauh untuk memilih pengundi yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada masyarakat.

Antara sepanduk yang turut dipamerkan sewaktu sidang akhbar tersebut ialah “Thank You YB2 PKR Yang Menyokong Hudud” serta “Ahli Akar Umbi PKR Mahu Azmin Pangku Presiden PKR”.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment