Tuesday, May 12, 2015

Tidak Perlu Desak Najib Berundur, Kata Hadi Awang

12 Mei 2015, Kuala Lumpur : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak memberi ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentadbirannya. 
http://islamianews.com/wp-content/uploads/2013/11/PAS.jpg
Kata Abdul Hadi, sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbirannya, ianya perlu diperbetulkan dan bukannya mendesak Najib berundur. 

“Tak perlu (berundur). Biar dia selesaikan masalah, kita tengok mcm mana beliau selesaikan masalah.

“Kalau silap betulkan kesilapan. Jangan kita kerja gali lubang antara satu sama lain. Saya tak tahu buat lubang gali lubang sendiri,” katanya seperti dilapor The Star. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengulas desakkan pelbagai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta Najib berundur. 

Kata Abdul Hadi lagi, Tun Mahathir juga mempunyai masalah ketika mentadbir negara selama 22 tahun dahulu.Kita juga ada skandal seperti Perwaja Steel, PKFZ dan sebagainya.

“Ikutlah cara politik sihat. Fahamkan rakyat bukan cara kita turunkan pemimpin, dengan adakan masalah-masalah. 

“Saya suka dia diberi peluang. Biar rakyat hukum dia, bukan individu hukum dia. 

“Kelemahan itu kita kena sebut. Kita lebih berbentuk menasihati, islah, selesaikan masalah,” katanya.

Dipetik daripada sumber : The Star

No comments:

Post a Comment