Tuesday, May 12, 2015

Tarik Balik Saman, Bukti Najib Tidak Ada Kaitan 1MDB

Screenshot_2015-05-12-13-37-33
EDITOR MENULIS....

12 MEI 2015

Dari awal kita sudah katakan bahawa Perdana Menteri tidak ada kaitan dengan 1MDB – secara langsung.  Beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam syarikat itu atau mempunyai apa-apa kuasa membuat keputusan untuknya.

Ketika ramai orang percaya Tun Mahathir tidak boleh dipersalahkan dalam skandal BMF kerana tidak memegang jawatan dalam bank tersebut, tapi orang yang sama nak percaya Perdana Menteri boleh dikaitkan secara langsung dengan 1MDB walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam syarikat tersebut.

Segala tindakan Perdana Menteri dalam isu 1MDB setakat ini, hanya dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sahaja.  Kenyataan perlu dibuat dalam cara yang berhati-hati, lebih lagi dalam keadaan 1MDB sedang menghadapi siasatan jabatan audit dan sebagainya.

Tapi masih tidak menghalang fitnah dan tohmah.  Kelompok ini masih terperangkap dalam corak kepimpinan era 80-an, 90 dan awal 2000 dimana Perdana Menteri adalah segalanya dan terlalu berkuasa, waima dalam soal nak menentukan rekabentuk bangunan KLCC pun kena dapat persetujuan Perdana Menteri dahulu!!

Mungkinkah pandangan ini akan berubah setelah pemimpin pembangkang Tony Pua sendiri mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada locus standi untuk menyamannya dalam isu berkaitan 1MDB apabila membuat permohonan di Mahkamah agar saman itu ditarik balik?

Makna locus standi ini antara lain tidak ada kapasiti (kerana tidak berkaitan) untuk memulakan tindakan saman ke atasnya?  Dalam bahasa mudah, PM tidak boleh menyaman Tony Pua kerana PM tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Contoh kes tidak ada locus standi yang paling popular ialah bila Lim Kit Siang gagal menghalang kerajaan pimpinan Tun Mahathir dari menyerahkan PLUS kepada syarikat UEM (sebuah syarikat rugi) pada 2002 kerana Lim Kit Siang tidak ada locus standi untuk menghalang penyerahan tersebut.

Dia bukan ada kepentingan dalam UEM atau PLUS pun.  Macam itulah contohnya.

Ini kalau bukan bukti jelas Najib tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB seperti yang difitnahkan Tun Mahathir dan parti-parti pembangkang, saya tak tahu nak kata apa.  

Nampak sangat permainan persepsi sahaja yang mengatakan begitu sedangkan hakikatnya tidak.

Kalau ikut saya lah, bukan Tony Pua saja yang kena saman dan kemudian merayu supaya ditarik balik saman…..

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhM-I2L1kmf-7w-iIfiyZ7Dc8K8MnhkepX6rV_4enhilUJn5QBe7V5Vxm3MGq2hOjrKJAqT8E4LVbmvNQg99M7heea7C2RdQOhXErJdiFWzUJRuCamHCbUq0qoh56fsxm5S7GHk-BKM0aQ/s1600/IMG_4161.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment