Monday, April 06, 2015
Apakah Rosmah Sasaran Selepas Ini?
6 April 2015, Kuala Lumpur : SELEPAS Datuk Seri Najib Tun Razak
diserang dengan isu-isu seperti Altantunya, Sirul Azhar, 1MDB dan
lain-lain, ramai menanti apakah atau siapakah yang akan menjadi sasaran
serangan Tun Mahathir ke atas Najib selepas ini?
Jika Mahathir menggunakan modus operandi
yang sama untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu – dengan
menjadikan menantunya Khairy Jamaludin sebagai sasaran, penulis
menjangka fokus serangan Mahathir selepas ini adalah kepada kaum
keluarga Najib atau lebih tepat lagi isteri beliau, Datin Seri Rosmah
Mansur.
Soal ada bukti atau tidak itu belakang
kira kerana jika isunya bukti, Mahathir tidak akan mengaitkan Najib
dengan pembunuhan Altantunya kerana perkara itu telah diputuskan di
peringkat Mahkamah Persekutuan. Muat turun penghakiman, dapatlah
jawapan, Najib apa kena mengena dalam hal itu?
Tapi sebagai mana yang dikatakan tadi,
isunya bukan bukti tapi mencipta persepsi buruk terhadap Najib dengan
menggunakan isterinya.
Sudah tentu Mahathir tidak akan
menyentuh soal aurat Rosmah atas sebab yang begitu ketara sekali,
sebaliknya dakwaan campur tangan Rosmah dalam urusan pentadbiran negara
dan parti – isu yang sebenarnya telah dibangkitkan pembangkang sejak
sekian lama, Mahathir cuma hijack di tengah-tengah.
Buktinya, hari inipun pelbagai cerita
baik mengenai isteri beliau, Tun Hasmah Mohamad Ali yang tidak pernah
mencamnpuri urusan pentadbiran sepanjang 22 tahun berkuasa, sudah mula
disebarkan para penyokong Mahathir di media sosial. Untuk apa semua ini
kalau bukan untuk dibandingkan dengan Rosmah nanti?
Sekiranya apa yang penulis jangka ini
benar-benar berlaku dan Rosmah benar-benar menjadi sasaran, maka
ingatlah bahawa itu tidak lebih dari permainan politik Mahathir sebagai
balasan kerana Najib enggan menjadi bonekanya – tidak lebih dan tidak
kurang, bukan kerana Mahathir benar-benar bencikan Rosmah.
Macam Sirul dan Altantunya jugalah,
bukan ada apa kepentingan dua orang itu kepada Mahathir pun tapi sebab
boleh kenakan Najib, jadi penting jugalah, waima dah hampir 10 tahun
mati (Altantunya) dan Mahkamah dan memutuskan sebagai bersalah (Sirul).
Ia sebenarnya tidak jauh beza dari
kritikan bertalu-talu Mahathir terhadap Khairy Jamalaudin dulu sehingga
ramai orang naik menyampah. Kalau dibaca mood pada waktu itu, iblis
benar nampaknya menantu Paklah tu di mata Mahathir, tapi hari ini kita
semua lihatlah, siapa sarung jersi pada siapa?
Apa orang kata tu? Sendiri mahu ingat.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment