Sunday, April 05, 2015

Kenapa Baru Sekarang Mahu Tegur – Johan

6 April 2015, Kuala Lumpur : Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menimbulkan semula isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.235096.1388278871!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh negarawan tersebut apabila beliau mahu mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kenapa hampir lapan tahun baru hendak menegur Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir yang hanya sekarang mahu menegur Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu beliau meminta bekas Perdana Menteri itu mengambil pendekatan berbincang dari `hati ke hati’ sekiranya ingin mengkritik mahupun memberi pandangan kepada kepimpinan Najib.

Katanya, pendekatan itu lebih wajar berbanding tindakan negarawan itu melontarkan kritikan dan mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan secara terbuka kepada umum.

“Adalah lebih baik perkara itu dibincangkan dari hati ke hati kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada Perdana Menteri sebaliknya parti.

“Sekiranya Tun Dr. Mahathir masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional, ini bukan caranya kerana tindakannya itu akan menjejaskan keseluruhan UMNO,” katanya.

Jelas Johan, kritikan dan desakan Dr. Mahathir supaya Perdana Menteri menjelaskan beberapa isu secara terbuka itu seolah-olah seperti menghancurkan segala usaha dan penat lelah parti yang sentiasa komited berkhidmat kepada rakyat.

“Kami di akar umbi agak penat dan letih cuba mempertahankan parti dan kami amat berharap supaya ia tidak dihancurkan begitu sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, jasa dan sumbangan Dr. Mahathir kepada negara ini sememangnya tidak boleh dinafikan dan sebab itu, beliau dianggap sebagai negarawan dan juga bapa kemajuan.

“Namun, sekiranya Dr. Mahathir mahu memberi teguran atau mengkritik ia patut dilakukan secara berhemah.

“Kita menganggap beliau sebagai bapa dan jika seorang bapa ingin menegur anaknya bukan begitu caranya iaitu di hadapan khalayak ramai, jangan marah anak di depan orang ramai,” katanya.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment