Tuesday, May 05, 2015

Artis Veteran Turut Berkempen, Seru Rakyat Rompin Undi BN

4 Mei 2015, Rompin : Golongan artis tidak ketinggalan menghangatkan suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin apabila turut membantu berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Ariffin.

Seramai 38 orang artis veteran daripada Yayasan Artis Veteran Malaysia berkampung selama tiga hari di Rompin untuk memastikan para pengundi keluar membuang undi pada 5 Mei ini.

Pengerusi yayasan tersebut, Kismah Johar berkata, walaupun ada sesetengah pihak yang memandang sinis terhadap golongan artis yang aktif berpolitik terutamanya dalam bekempen bagi Barisan Nasional (BN), namun mereka harus faham bahawa golongan artis adalah rakyat biasa yang turut mempunyai tanggungjawab kepada negara dan memilih kerajaan mana yang dikehendaki.

“Yayasan Artis Veteran memang menyokong penuh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak maka sebab itu kami turut membantu kempen di sini.

“Saya ingin menyeru kepada semua para pengundi di Rompin agar memberi sokongan padu kepada calon BN kerana telah terbukti jasa yang telah diberikan oleh BN kepada rakyat. Jangan ragu-ragu untuk pilih BN demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
IMG_1930
Penyanyi era 60-an, Hail Amir pula menjelaskan, sejak dahulu lagi dirinya tetap setia bersama BN malah ahli keluarganya juga adalah penyokong BN. Ini adalah antara faktor kenapa beliau menyertai rakan artis veteran yang lain untuk turun berkempen di Rompin ini.

Hail turut menyelar pandangan sesetengah pihak yang memandang negatif terhadap golongan artis yang aktif di dalam politik.

“Golongan ini berfikirian sempit. Bagi saya, BN telah buktikan kejayaan mereka mentadbir negara ini dengan aman. Jika memilih parti lain kita tidak tahu lagi masa hadapan negara dan kita sendiri bagaimana.

“Kredibiliti BN telah terbukti dan BN adalah yang terbaik di Negara ini berbanding parti lain,” katanya.

Seorang lagi penyanyi veteran Hayati Tasrip pula berkata, BN adalah parti yang boleh membela nasib orang Melayu.

“Saya menyeru agar para pengundi terutamanya golongan muda keluarlah mengundi dan fikirlah masa hadapan adik-adik kita pada masa hadapan. Sekiranya negara ini jatuh kepada parti lain sudah pasti kehidupan kita tidak aman seperti sekarang ini.

“Oleh itu pilihlah BN iaitu parti yang sudah pasti boleh membantu bangsa melayu,” ujarnya.

Antara artis lain yang turut serta membantu kempen di PRK Rompin ini adalah Jamaluddin Man atau lebih dikenali dengan nama Abang Jem, Halil Chik, Margarete Tan, Ramasundram, Abon, Zack Cool, Elyza Mustaffa dan Mat Over.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment