Thursday, May 14, 2015
Mat Sabu dan Khalid Samad Pertahan Kit Siang
15 Mei 2015, Kuala Lumpur : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
mempertahankan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempertikaikan
pelaksanaan hudud di negeri ini dalam ceramah perdana yang diadakan di
sini Ahad lalu.
Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Kit Siang dan masih
boleh menerima kenyataan tersebut kerana Ahli Parlimen Gelang Patah itu
bukan Islam.
“Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak
cakap. Ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk.
“Itu (kenyataan Lim Kit Siang) kita serah kepada orang untuk membuat
pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad
memberitahu, beliau telah mendengar dan meneliti isi kandungan ceramah
tersebut dan mengakui Kit Siang memang menyentuh soal pelaksanaan hudud
di negara ini.
Bagaimanapun katanya, penerangan Kit Siang termasuk pengalaman
beliau ke Asia Barat memperlihatkan para pemimpin DAP berusaha untuk
memahami isu perundangan Islam lebih mendalam, selain menunjukkan nada
penentangan terhadap hukum hudud yang mula mengendur.
Dalam ceramah Ahad lalu, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk
menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen
kerajaan negeri di hadapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta
kira-kira 1,000 penyokong Pas.
Semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang dan
memberitahu beliau bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan
tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara
berkaitan hudud.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment