Thursday, May 14, 2015
Pas Gagal Tarbiah Dap, Sebaliknya Kit Siang Pula Ajar Ahli Pas Soal Hudud
13 Mei 2015, Kuala Lumpur : Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman
Toha menyifatkan tindakan sebilangan ahli Pas Kota Bahru membawa
penasihat Dap, Lim Kit Siang berceramah menerangkan kepada ahli-ahli Pas
mengapa hudud tidak perlu dilaksanakan buat masa ini adalah satu
gerakan terancang yang bertujuan menghalang Presiden Pas, Datuk Seri
Haji Hadi Awang untuk membentangkan rang undang- undang Islam ke
Parlimen.
Kata Norman, kepimpinan pakatan pembangkang tahu mereka tidak mampu
untuk menghalang Presiden Pas agar menangguhkan pembentangan rang
undang-undang tersebut di Parlimen.
“Perkara ini saya lihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi akar
umbi Pas agar memberikan tekanan dan desakan terhadap Presiden supaya
menangguhkan perlaksanaan hudud di Kelantan yang ingin dibentangkan di
Parlimen.
“Saya tidak pasti samada gerakan secara terancang atau tidak, tetapi
jelas hari ini, gerakan untuk menolak perlaksanaan hudud di kalangan
ahli Pas sudah bermula.
“Apa yang berlaku di dalam Pas hari ini bagi saya ini sudah terbalik.
Sepatutnya Paslah dakwah Dap dan bukan yang sebaliknya,” ujarnya kepada
UMNO-Online di sini hari ini.
Norman juga beranggapan bahawa ini merupakan usaha-usaha golongan
tertentu di dalam pakatan pembangkang, khususnya Dap dan PKR untuk
menyekat Presiden Pas daripada membentangkan rang undang-undang hudud di
Parlimen.
“Bagi saya ini satu gerakan jahat kepimpinan pakatan, khususnya Dap
dalam usaha mereka untuk menyekat Presiden dengan mewujudkan gelombang
penolakan di kalangan ahli-ahli Pas sendiri, demi survival politik
pakatan pembangkang.
“Saya tak tahu sejauh manakah perkara ini. Adakah ianya telah
dirancang rapi oleh sebahagian kepimpinan Pas bersama Dap atau PKR, atau
pun ianya sesuatu yang tidak dirancang.
“Namun saya yakin, selepas ini kita akan lihat ada usaha-usaha yang
berterusan di mana ada lagi ahli-ahli Pas lain akan menjemput Lim Kit
Siang untuk mentarbiah ahli Pas dalam soal pelaksanaan hudud ini,”
tegasnya.
Tindakan tersebut juga turut mengundang reaksi Nik Mohamad Abduh Nik
Aziz dengan nada menyindir berkata, “Jika ada ayahandanya iaitu Datuk
Nik Abdul Aziz, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Kit
Siang ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.”
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment