Wednesday, May 06, 2015

#PRKPermatangPauh: Video Lucah Senjata Terakhir Raih Undi?

siapa3333
EDITOR MENULIS...

5 MEI 2015

Mengikut sumber yang diterima, saya difahamkan ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk mengedarkan video lucah individu tertentu sebagai senjata terakhir bagi meraih undi.

Strategi yang digunakan ialah menuduh pihak lawan sebagai dalang penyebaran, sekaligus meraih simpati pengundi di Permatang Pauh.

Saya difahamkan, langkah terdesak ini adalah cara paling terbaik bagi meraih sokongan, berikutan masalah dalaman parti serta sokongan berbelah bahagi sekutu parti yang bertanding.

Saya sama sekali menentang apa juga kaedah politik yang sedemikian. Secara jujur, saya mengharapkan bahawa maklumat ini tidak benar.

Walau bagaimanapun, saya menyeru semua pihak, agar tampil membuat laporan polis sekiranya anda mempunyai maklumat berhubung edaran video tersebut. Untuk yang hati berani, tangkap terus mereka sedang membuat edaran sekiranya ada, dan serahkan kepada pihak berkuasa.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini adalah di antara Wan Azizah (PKR) menentang Suhaimi (Barisan Nasional). Biarlah pengundi menilai kedua-dua calon yang bakal mewakili mereka di Parlimen kelak berdasarkan manifesto dan karisma. Tidak perlu babitkan individu yang tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil kali ini.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNhaHX_Y05nOWbQdIE-YPVjcsMYjAuwjev9lnqetqulgirZTBPJ7SCFudeQ5A8-_K4AHC8mAPKZRfZo0jVciWqqyjeSfurVRIHj1di8pR7fd39hyn0bh-XSa6ivTf3QqrXoitzOXcVMnQ/s1600/Debat+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment