Wednesday, May 06, 2015
Wan Azizah Hanya Diperguna Untuk Ganti Suaminya Bukan Berkhidmat Bagi Rakyat
6 Mei 2015, Permatang Pauh : Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, seseorang wakil rakyat yang
benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat di kawasannya tidak akan
menyerahkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada pihak
lain.
Jelas
beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah merupakan calon bidan terjun hanya
semata-mata untuk menggantikan tempat suaminya yang tidak layak
bertanding dan bukan benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat di kawasan
yang diwakilinya.
“Kita boleh lihat contohnya dalam kes Kajang Move. Kajang Move
merupakan satu konspirasi terbuka sebenarnya yang tidak ada kena
mengenai dengan rakyat. PRK Kajang tidak ada kena mengenai dengan
masalah rakyat, alih-alih rakyat Kajang terpaksa mengundi untuk wakil
rakyat baru.
“Begitu juga dengan isu PRK di Permatang Pauh ini. Beliau hanya
sekadar menggantikan suaminya dan bukan mahu benar-benar berkhidmat
untuk rakyat. Tanggungjawab kita sebagai pemimpin mestilah untuk
membantu rakyat yang memberikan amanah pada kita. Dan bukannya dengan
menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak lain untuk memikulnya,”
ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Katanya lagi, dalam hal ini akhirnya rakyatlah yang menjadi mangs
diperkotak katikkan atas tujuan demi kepentingan politik peribadi dan
kepartian mereka.
“Contohnya seperti di PRK Kajang di mana ianya diadakan adalah
bertujuan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor,
menggantikan Tan Sri Khalid. PRK ini sebenarnya tidak ada kena mengenai
dengan isu permasalahan rakyat langsung, tetapi ianya lebih strategi
politik mereka sendiri.
“Begitu juga di Permatang Pauh. Mengapa PKR mahu meletakkan Wan
Azizah? Ini kerana mereka mahu menjadikan Wan Azizah sebagai Ketua
Pembangkang menggantikan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara.
“Seolah-olah orang Permatang Pauh pula yang diberi tanggungjawab
untuk melantik Ketua Pembangkang. Asyik-asyik rakyat yang selalunya kena
berkorban untuk tujuan dan kepentingan pemimpin.
“Cara sebegini tidak betul. Hakikatnya pemimpin perlu mengambil
berat dan mengambil tahu hal ehwal rakyat di kawasan mereka. Bukan
menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk kepentingan politik
mereka,” tegasnya.
Seterusnya beliau mendakwa bahawa Dap turut memainkan peranan yang
besar dalam mengatur strategi bagi meletakkan Wan Azizah sebagai calon
di Permatang Pauh dalam PRK kali ini.
“Mereka mahukan seorang pemimpin seperti Wan Azizah untuk jadi Ketua
Pembangkang agar mereka lebih mudah untuk menguasai dan mempengaruhi
beliau. Inilah cara Dap yang mahukan seorang Ketua Pembangkang yang
lemah agar lebih mudah untuk menjalankan agenda politik mereka.
“Sepatutnya, rakyat di Permatang Pauh mengundi di PRK kali ini adalah
untuk melantik wakil rakyat mereka, yang boleh berkhidmat dan membantu
mereka. Bukannya mengundi untuk memenangkan Wan Azizah sebagai ahli
parlimen supaya beliau boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi
menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment