Monday, May 04, 2015
Tunaikan Tanggungjawab Sebaik Mungkin Sebagai Pengundi – Tg Adnan
5 Mei 2015, Rompin : Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Tengku Adnan Mansor menyeru para pengundi menunaikankan tanggungjawab
sebaik mungkin bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
Menurut beliau tanggungjawab berkenaan cukup besar dan pengundi
seharusnya membuat pilihan dengan penuh bijaksana demi kesinambungan
yang ada di Rompin hari ini.
“Janganlah melupakan jasa kerajaan hari ini yang sentiasa
mengutamakan kepentingan rakyat. Apa yang penting tentunya segala
perancancangan dan pembangunan yang sebelum ini diusahakan oleh
Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis perlu diteruskan demi penduduk
setempat,” katanya.
Hari ini ini merupakan hari mengundi bagi PRK Parlimen Rompin. BN
meletakkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon manakala Pas meletakkan
Nazri Ahmad sebagai calonnya.
Beliau turut menyeru jentera parti agar berdisiplin dan membawa keluar seramai mungkin pengundi ke pusat-pusat pengundian.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment