Tuesday, March 10, 2015

Marhaen Di Malaysia Memang Biasa Simpan Duit RM 1 Juta

rafizi_bingai

10 Mac 2015 : SESUNGGUHNYA bukanlah satu luar kebiasaan untuk majoriti rakyat Malaysia mempunyai wang simpanan melebihi RM 1 juta.

Bila minyak naik, itu akan menekan hidup rakyat, dalam masa yang sama, yang bercakap banyak konon membela rakyat ni, rupanya simpan berjuta-juta dalam bank – belum pun sepenggal jadi ahli parlimen.  Itu yang dedah, yang tak dedah belum tahu.

Seluruh rakyat Malaysia ini pasti akan bersetuju dengan kenyataan penulis bahawa simpan duit berjuta dalam bank ini biasa.  Tanyalah orang dikampung, dipinggir bandar, yang kerja kilang dan sebagainya, semua mereka mencebek saja dengar pengisytiharan lebih RM 1 juta itu, “sikit sangat” katanya.

Cukuplah dengan sinikal.

Entah apa dalam kepala si bingai Rafizi ini bila dedah berjuta-juta wangnya dalam akaun.  Hanya dia seorang pulak tu. Anwar yang kita suspek simpan lebih puluh jutanya tak pulak buat benda yang sama pasal Anwar tak bingai macam dia – tahu berapa jumlah dedah pun akan tetap dijadikan isu.

Cakap pasal itu (Anwar), macam tak kena bila dengan Anwar pun tak isytihar harta, dia nak cabar Najib pulak ikut benda sama.  Apa nak disamakan Najib yang dah berpuluh tahun jadi Ahli Parlimen, serta pernah pegang jawatan Menteri Besar, Menteri, Timbalan Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri sekarang dengan Rafizi?  Bodoh kan?

Inilah yang berlaku dalam kes Rafizi sekarang.

Najib takdak kaitan dalam hal ini, yang penting, apa kerja Rafizi sebelum ini yang boleh simpan banyak itu?  Dia baru jadi ahli parlimen belum sepenggal dan kalau dah sepenggal sekalipun, berapa banyak gaji satu bulan?  Elaun ahli parlimen tak lebih RM9,000, kalau 2 tahun pun (tempoh Rafizi jadi ahli parlimen), tak sampai RM 200,000.

Itupun kalau gaji itu tidak diusik dan dia makan pasir berlaukkan rumput tepi jalan, pun baru boleh simpan banyak itu – yang mana sangat mustahil.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) patut siasat dari mana duit Rafizi datang sampai boleh menyimpan berjuta dalam bank, saham amanah dan sebagainya.

Kita tahu sebelum jadi Ahli Parlimen, Rafizi pernah jadi CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang dibiayai dengan menggunakan duit rakyat Selangor, banyak sangat ke gaji kat situ?  Anwar mungkin gaji RM 1, pemegang jawatan yang lain dipejabat itu belum tentu.

Mungkin bekas MB Selangor boleh jawab.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment