Tuesday, March 10, 2015
Ketua Audit Negara Audit 1MDB, Bukti Ketelusan Kerajaan BN
5 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul
Rashid Shirlin berkata, arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak kepada Ketua Audit Negara supaya mengesahkan secara bebas akaun
1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah satu bukti yang menunjukkan
kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan konsep ketelusan
dalam menjaga kepentingan awam.
“Ini secara tidak langsung, ia juga menafikan dakwaan-dakwaan karut
pembangkang terhadap pelbagai tuduhan salah laku di dalam 1MDB,” ujar
Rosnah, yang juga merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli
Parlimen Papar itu.
Isu 1MDB menjadi bahan politik picisan pembangkang dengan pelbagai dakwaan berhubung pengurusan dan pelaburan 1MDB.
Dalam satu kenyataan Perdana Menteri berhubung perkara tersebut pada
Rabu lalu juga menegaskan bahawa sekiranya terbukti pengurusan 1MDB
mempunyai sebarang salah laku, undang-undang akan tetap dikuatkuasakan
tanpa pengecualian.
“Penekanan Perdana Menteri itu juga merupakan satu lagi bukti
kerajaan BN sebagai pendukung prinsip rukun Negara; keluhuran
perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, sebagai sebuah kerajaan yang
berintegriti dan mempunyai nilai ‘good governance’,” ujarnya, yang juga
Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kepada UMNO-online.
Pada Rabu lalu, 1MDB dan juru audit mereka, Deloitte menghadap
Kabinet bagi menerangkan secara menyeluruh tentang urusan mereka dan
Kabinet juga melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah
laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar
melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment