Tuesday, March 10, 2015

Komplot Jatuhkan Hadi Awang : Pihak Ketiga Cuba Main Lempar Batu Sembunyi Tangan

10 Mac 2015, Kuala Lumpur : Budaya baling batu sembunyi tangan menjelangnya Muktamar Agung Pas pada tahun ini khususnya gerakan mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan berterusan.

Malah menurut bekas Setiausasa Pas Selangor, Norman Toha golongan parasit tersebut tidak akan memaparkan wajah sebenar mereka sebaliknya menggunakan pihak ketiga dalam usaha menjayakan segala gerakan dan cita-cita yang telah dirancangkan.

“Golongan atau kumpulan ini sebenarnya tersentak setelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melontarkan ungkapan ‘barua dan brooker’ pada muktamar agung Pas yang lalu. Mereka sebenarnya tidak menjangkakan perkara ini berlaku.

“Namun untuk meneruskan cita-cita, kumpulan ini tidak berani kerana Pas dan ulama tidak dapat dipisahkan. Lalu timbulllah pihak ketiga untuk bercakap bagi pihak mereka. Pihak ketiga ini kita boleh buat andaian tersendiri dan segala tutur kata pihak ketiga ini cukup lunak sekali.

“Itulah sifat dan perangai anai-anai mahu pun parasit dalam Pas yang akhirnya akan merosakkan parti berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

8e720e5ca5994adcb859607c3e06af20
Beliau seterusnya menyarankan agar kumpulan ulama agar tidak terpesona dengan kata-kata lunak yang diungkapkan oleh pihak ketiga kerana ianya penuh dengan seribu makna.

“Seumpama beginilah….tangan kanan menghulurkan salam manakala tangan kiri pula menyimpan senjata. Jadi berhati-hatilah. Sifat parasit ini ianya akan mengambil kesempatan apabila terluang.

“Kita tunggu dan lihat apakah akan muncul wajah-wajah tersebut. Namun bagi saya mereka-mereka ini tidak akan timbul dan sindrom ini akan berterusan dan akan terus berpanjangan.

“Dan doa kami sebagai pendokong lama di dalam Pas moga-moga diberikan kekuatan untuk menjaga aqidah dan umat Islam serta negara. Pertelagahan politik jangan sampai hancurkan negara. Hari ini kita boleh kenal siapa kawan dan siapa teman yang boleh diajak berbicara,” ujar beliau. 

Dipetik dariada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment