Tuesday, March 10, 2015
Program Pegang Anjing, Bukan Untuk Orang Islam?
11 Mac 2015 : Agak tertarik dengan satu program di Pulau Pinang
yang kononnya mahu mengalakkan pemeliharaan anjing. Perkara tersebut
menjadi kecoh apabila ada di antara peserta memuatkan gambar wanita
bertudung sambil mendukung anjing.
Bila kecoh, mulalah pelbagai pihak bersoal jawab dan tuduh menuduh.
Hingga ada yang mencari di mana Malik Kassim (masih di Pulau?), apakah
beliau tidak mengetahui ada program sebegitu di negerinya.
Malik merupakan exco hal ehwal agama Islam di negeri tersebut. Beliau
sepatutnya mencegah program sebegitu dibuat secara terbuka dikhalayak
ramai. Program tersebut bukan dibuat secara sembunyi, tetapi secara
jelas di perkarangan Penang Times.
Walaupun pihak penganjur sudah menjelaskan, program itu bukan khusus
untuk orang Islam seperti yang digambarkan. Tetapi penulis tetap berasa
sangsi. Kenapa perlu dibuat secara terbuka dan penganjur tidak
menitikberatkan sensitiviti keagamaan sebelum membiarkan orang Islam
menyertai program mereka.
Acara mengalakkan rakyat Pulau Pinang memelihara anjing ini,
sebenarnya acara kebajikan yang dianjurkan dengan kerjasama kumpulan
pelajar sebuah sekolah Cina, Han Chiang. Namun ia menjadi sebaliknya
apabila ada juga sebilangan melayu ‘baru’ yang menyertai program
terbabit.
Melayu ‘baru’ ini merupakan golongan yang tidak sensitif terhadap
larangan agama dan menganggap perkara ‘haram’ boleh dihalalkan asalkan
ianya tidak memudaratkan diri.
Apa pun, bagi penulis, penganjur sepatutnya peka dan pihak yang
meluluskan program sebegini perlu memberi syarat ketat, mengambil kira
sensitiviti keagamaan dan patut melarang orang Islam dari menyertainya
antara salah satu syarat utama program.
Jika tidak diletakkan syarat demikian, itu bermakna, penganjur ada
berniat ‘lain’ untuk mengalakkan dan mahu orang Islam Pulau Pinang turut
memelihara anjing. Seperti mana yang pernah berlaku ‘dalam program
lain’ di sekitar Lembah Kelang pada tahun lepas.
Jangan sampai ada orang kata, program ini merupakan kesinambungan
program berkenaan. ‘Ada udang disebalik mee’ cakap lain, buat lain, niat
lain-lain.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment