Tuesday, March 10, 2015
Pemuda Pulau Pinang Kecam Program Menyerupai “I Want Touch A Dog”
10 Mac 2015 , Nibong Tebal : Kesal, kecewa, marah… Itulah yang diluahkan
oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim
terhadap program “Be A Paw Walker” anjuran sekumpulan pelajar Diploma
Han Chiang College dan (NGO) ‘Save Our Strays’.
Jelas beliau, program yang diadakan di Penang Times Square seakan
mempunyai satu agenda jahat tersembunyi yang mahu merosakkan akidah dan
memecah belahkan umat Islam di Negara ini.
“Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar sekeras-kerasnya program ini. Saya
merasakan seperti ada agenda tersembunyi pihak tertentu untuk
meneruskan kesinambungan program yang mencetuskan kontroversi baru-baru
ini iaitu Program ‘I Want Touch A Dog’.
“Penganjur langsung tidak mengira sensitiviti umat Islam yang ada di
negara ini dengan melaksanakan program ini secara terbuka. Ini ditambah
pula dengan gambar seorang perempuan bertudung yang mendukung seekor
anjing.
“Gambar ini sengaja diviralkan oleh pihak tertentu seolah-olah ingin
menyindir umat Islam. Seperti mana yang sedia maklum, umat Islam di
Malaysia berpegang teguh kepada Mazhab Imam Syafie yang jelas
memperincikan bahawa anjing dan babi tergolong dalam najis Mughallazah
(berat),” ujarnya dalam satu kenyataan media yang diedarkan.
Justeru beliau menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang turut
mendesak agar Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat segera
program ini dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya supaya perkara
ini tidak berulang lagi.
“Pemuda UMNO Pulau Pinang juga ingin mengingatkan kepada semua
agensi, jabatan, NGO’s dan seluruh masyarakat agar jangan sesekali
mempermainkan sensitiviti agama di negara ini.
“Hormatilah kepada agama masing-masing. Sekiranya perkara ini tidak
dikawal, saya bimbang perkara yang tidak diingini akan berlaku.
“Pihak tidak bertanggungjawab ini seharusnya menghentikan usaha jijik
ini. Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak akan sesekali akan bertolenrasi dan
berganjak dari mempertahankan Agama Islam yang suci ini,” ujarnya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment