Tuesday, March 10, 2015
Wanita UMNO Bantu Rakyat Fahami GST, Jangan Terpengaruh Khabar Angin
10 Mac 2015, Titiwangsa : Bersempena pelaksanaan Cukai barangan dan
Perkhidmatan (GST) yang bakal berkuatkuasa pasa 1 April ini, Skuad
Pengguna Pergerakan Wanita UMNO Malaysia semakin aktif bergerak
mengenalpasti kedai-kedai menjual barangan pada harga patut melalui
19,000 cawangan Wanita UMNO diseluruh negara.
Menurut ketua pergerakan tersebut, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
Wanita menerusi Skuad Pengguna ini akan terus membantu mengurangkan
kegusaran masyarakat mengenai GST melalui perkongsian maklumat berkenaan
impak positif pelaksaannnya di seluruh negara.
“Kami Wanita memang menyambut baik pelaksaan ini dan kami juga
menyeru agar orang ramai memahami serta mendapatkan maklumat dari sumber
sah berkenaan GST. Jangan perpengaruh dengan khabar-khabar angin yang
disebarkan kononnya GST ini menyusahkan rakyat.
“Orang ramai juga boleh mengunjungi laman web Pergerakan Wanita UMNO
bagi mendapatkan maklumat tentang kedai yang menawarkan harga patut,”
ujarnya selepas beramah mesra sambil makan tengahari di Restoran Kak
Chik, Taman Sri Rampai yang menawarkan harga patut.
Selain itu, jelas Shahrizat, Wanita UMNO akan bekerjasama dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
untuk memberi penerangan kepada orang ramai malah akan menyalurkan
maklumat sekiranya ada para peniaga yang menyalahgunakan GST.
Orang ramai juga boleh melayari laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my atau talian aduan pengguna 188-886-800 atau sms aduan ke dan hantar ke 32255.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment