Tuesday, March 10, 2015
Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Semarakkan Suara Akar Umbi Bagi Persediaan PRU 14
11 Mac 2015, Kepala Batas : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau
Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berharap semua ahli UMNO akan turun
beramai-ramai menjayakan mesyuarat cawangan yang bakal bermula pada 13
Mac ini dan bukan sekadar ‘cukup korum’.
Jelasnya, mesyuarat di peringkat akar umbi ini sangat penting bagi
menentukan kesinambungan UMNO terutamanya untuk berhadapan dengan
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
“Seperti mana tahun lalu, mesyuarat cawangan di negeri ini telah
berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah besar. Maka saya
berharap kali ini ianya akan sekali lagi dapat dijalankan dengan baik
dan ada penambahbaikkan.
“Di Pulau Pinang setakat ini kita mempunyai seramai 148,555 orang
ahli UMNO dan 721 cawangan maka turunlah ramai-ramai. Kita harus
tunjukkan kekuatan UMNO dan kita telah bersedia untuk merampas kembali
negeri ini daripada tangan DAP.
“Kita mahu kembali membela nasib rakyat di negeri ini yang semakin
terhimpit di bawah kepimpinan Dap. Jika kita mahu berjaya, maka
mesyuarat cawangan ini haruslah kita laksanakan dengan sebaik-baik
mungkin,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu tambah Musa, UMNO Pulau Pinang sebenarnya sudah bersedia
dari awal lagi untuk mengadakan mesyuarat cawangan yang bakal
berlangsung dari 13 Mac hingga 2 Mei ini.
Pendekatan yang bakal diberikan jelas beliau sudah pastilah menjurus kepada persediaan luar biasa bagi menghadapi PRU-14.
“Saya juga berharap agar sayap-sayap UMNO turut memainkan peranan
dengan lebih agresif bagi membantu UMNO berdiri lebih kukuh di negeri
ini.
“Jika kita terus berusaha keras tanpa ada agenda peribadi, saya
percaya tidak ada apa yang mustahil dan hasrat kita untuk kembali
menerajui negeri ini juga mampu untuk digapai.
“Apa yang penting, kita harus bersatu dan berusaha menyakinkan rakyat
bukan sahaja bangsa Melayu tetapi India dan Cina… UMNO adalah parti
yang membela nasib semua bangsa,” ujarnya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment